|
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:” Sebilangan manusia yang
dinaungi Allah di bawah naungan-Nya pada hari kiamat iaitu hari yang
tidak ada sebarang naungan padanya selain daripada naungan Allah; di
antaranya ialah:
Pemerintah yang adil,
pemuda yang hidupnya sentiasa
dalam mengerjakan ibadah kepada tuhannya,
orang yang hatinya
sentiasa terikat dengan masjid,
dua orang yang berkasih sayang
kerana Allah di mana kedua-duanya berkumpul dan berpisah
untuk
mendapat keredaan Allah,
orang yang dipujuk oleh perempuan yang kaya
lagi rupawan untuk bersatu dengannya lalu ia menolak dengan berkata:”
Aku takut kepada Allah!”,
orang yang bersedekah secara bersembunyi
sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberi oleh
tangan
kanannya, dan orang yang menyebut atau mengingat Allah dengan
keadaan tidak ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air
matanya kerana mengingatkan sifat Jalal dan sifat Jamal Allah.”
|